Jenis Maksiat dan Dosa
Secara kasarnya ,terbahagi kepada 3 aspek utama :
1. Dosa Kepada Allah
Lalai dari menunaikan hak Allah seperti solat 5 waktu(wajib),dengan sengaja meninggalkan,meremehkan dan tidak mempedulikan perintah kewajipan solat yang telah difardukan.Melanggar larangan-larangan Allah yang lain seperti meninggalkan puasa,meminum arak,berzina serta perbuatan yang mengundang kemurkaan Allah dan bertentangan dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W.
2. Dosa Kepada Diri Sendiri
Banyak melakukan perbuatan yang haram dan berdosa serta melanggar perintah-perintah Allah dengan sewenang-wenangnya.Derhaka kepada ibu bapa,riak,takbur,bangga diri,mengumpat,mencaci dan sebagainya.Ini menjadi sebab peribadi seorang muslim sudah tidak ada lagi dan menjurus kepada sifat dan perwatakan orang kafir.
3. Dosa Kepada Orang Lain
Maksiat juga boleh menyusahkan orang lain samaada bersifat individu atau kepada masyarakat keseluruhannya.Menuduh orang melakukan zina,mengumpat,mencaci,menzalimi orang yang tidak berdosa,merogol,merompak,menipu,menfitnah dan sebagainya.
Jalan Penyelesaian :
1. Dosa Kepada Allah
Bertaubat dan mohon ampun dari Allah,berusaha tidak mengulangi,melaksanakan perintahnya dan sesungguhnya dia berhak keatas hambanya.
2. Dosa Kepada Diri Sendiri
Bertaubat dan mohon ampun dari Allah,berusaha tidak mengulangi,melaksanakan perintahnya dan berhenti menzalimi diri sendiri.
3. Dosa Kepada Orang Lain
Bertaubat dan mohon ampun dari Allah,berusaha tidak mengulangi,mohon maaf kepada mereka yang telah teraniaya kerana kesilapan yang lalu.