Wednesday, 24 August 2011

Berfikir Positif 3

Allah Maha Tahu Apa Yang Terbaik Untuk Kita

Kita merasa kecewa,hampa bila buah hati melupakan kita.Kita berdukacita apabila gagal dalam peperiksaan atau ujian.Kita Merasa resah kerana masih tidak mempunyai kerja,resah kerana masih belum bertemu jodoh,resah dan bimbang kerana masih tidak mempunyai anak.Pelbagai rasa kecewa,hampa,bimbang,resah kerana impian atau keinginan kita masih tidak tercapai.
         Sedarlah serta ingatlah dengan kuat setiap yang berlaku dalam hidup kita merupakan ketentuan atau qadak dan qadar Allah S.W.T.Setiap yang ketetapan ke atas diri kita yang kita mahukan atau tidak adalah rahmat dari Allah S.W.T.Firman Allah S.W.T yang mafhumnya :

“…dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu,sedangkan ia lebih baik bagimu;dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu,sedang ia melarat kepadamu.Dan Allah mengetahui,tetapi kamu tidak mengetahui.”
( Al-Baqarah : 216 )
         Berkemungkinan apa yang kita sangka baik untuk diri kita sebenarnya ia sebenarnya tidak baik langsung untuk kita.Pengetahuan kita tentang baik atau tidak itu jauh lebih cetek berbanding dengan pengetahuan Allah S.W.T kerana sesungguhnya Dia Maha Mengetahui Dan Maha Bijaksana.
Rasulullah s.a.w bersabda :

“Janganlah kamu berprasangka buruk kepada Allah dalam sesuatu yang Dia telah tetapkan kepadamu.”
         Sedarlah,jangan melihat sesuatu itu dengan pemikiran negetif,perasaan yang kesal dan kecewa,tindakan yang menambah bencana.Melihatlah semua yang datang dengan pemikiran,perasaan serta tindakan yang bersangka baik bahawa Allah S.W.T merancang ssuatu yang lebih baik dari apa yang kita rasakan baik untuk kita.

                                                                                                    ....bersambung...( Berfikir Positif 4 )