Monday, 22 August 2011

Berfikiran Positif 1

Kita adalah apa yang kita fikirkan,semuanya bermula dari corak kita berfkir,jika kita berfikir negetif maka hasilnya adalah negetif.Jika kita berfikir dan melihat sesuatu perkara secara positif maka hasilnya adalah positif.Ini merupakan perkongsian untuk mencorak cara kita berfikir berlandaskan agama kita:
Kebahagian Dan Ketenangan

Fitrahnya manusia,kita mencari kebahagian dunia dan kedamaian jiwa.Kita mahu hidup aman,kita harapkan keluarga yang bahagia,kita mahukan kerjaya yang baik,kita inginkan hidup yang puas dengan pelbagai nikmat yang sentiasa bersama kita.
       Namun realitinya kita tidak akan terkecuali menghadapi kecewa,rasa bimbang,rasa resah kerana musibah dan pelbagai masaalah.Kita merasa sukar kerana masaalah kewangan,kita berduka cita-cita atau kerjaya tidak mendatangkan hasil.Kita kecewa rumahtangga gagal separuh jalan.Jiwa tertekan dan semangat pudar,pikiran-pikiran negetif memenuhi jiwa dan sanubari.
       Allah S.W.T tidak menghantar kita kedunia ini untuk meratapi kehidupan dengan rasa kecewa,resah dan bimbang.Pastinya Dia Yang Maha Penyayang mahu kita menikmati hidup dalam bentuk ketenangan,kebahagian dan kepuasan hidup dengan sebaik mungkin.
      Al-Quran dan Hadis merupakan penawar kepada pelbagai persoalan dan permasaalahan berkaitan pembinaan hidup yang cemerlang.Kedua-duanya adalah gedung falsafah hidup untuk diamalkan demi mencorak kehidupan yang tenang,yakin serta bahagia.Allah S.W.T berfirman yang mafhumnya:
“ Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-quran,ayat-ayat suci yang menjadi penawar dan rahmat(kebaikan) bagi orang yang beriman kepadanya……”                                                                                                   ( Al-Israa’  : 82 )

“Wahai Umat Manusia!Sesungguhnya telah datang kepada kamu al-quran yang menjadi nasihat pengajaran daripada Tuhan kamu,dan yang menjadi penawar bagi penyakit- penyakit batin yang ada dalam dadamu,dan juga menjadi hidayah petunjuk keselamatan,serta membawa rahmat bagi orang yang beriman”                                                                             ( Yunus : 57 )

        Kebahagiaan ,ketenangan dan keyakinan hidup bukanlah kerana kebendaan atau kedunian semata.Kebahagian dan ketenangan yang sebenar bukan dinikmati dengan mempunyai jawatan tinggi serta kereta dan rumah mewah.Orang yang miskin boleh bahagia biarpun hidup dalam serba kekurangan.Orang yang kehilangan seseorang boleh menghadapi hari muka dengan tenang,positif dan penuh harapan.Orang yang menderita akibat sakit,kemalangan dan kecacatan boleh merasa tenang,bahagia dan puas seperti orang lain.
        Kebahagian,ketenangan dan kepuasan hidup sebenarnya ada dimana-mana dalam diri setiap dari kita.Apa yang perlu bagi kita Umat Islam adalah untuk mencarinya,mengali rahsia dan hikmat intipati Al-Quran dan Hadis bagi menjadikan panduan kehidupan.Jika dihayati serta diamalkan,Al-Quran dan Hadis akan menjadi pengubat kepada jiwa yang lemah,penawar kepada segala kesengsaraan serta penghibur kepada segala kesedihan.

                                                                                               ...bersambung...( Berfikir Positif 2 )