Tuesday, 23 August 2011

Berfikiran Positif 2

Pelbagai Bentuk Ujian Dari Allah S.W.T

Kesukaran,musibah,tragedi dan cobaan hidup datang bila-bila saja atas kuasa Allah S.W.T.Sekiranya didatangi ujian,janganlah berpatah hati,berdukacita dan meratapi.Sedarlah bahawa ini semua merupakan ujian dan cubaan Allah S.W.T ke atas hambanya yang terpilih.Allah S.W.T berfirman yang mafhumnya :
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga,padahal belum sampai kepada kamu(ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang yang terdahulu daripada kamu?Mereka telah ditimpa kepapaan dan serangan penyakit,serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh),sehingga berkata Rasul dan orang beriman yang ada bersertanya:Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)”                                                                                        ( Al-Baqarah :214 )
         Pelbagai bentuk ujian dari Allah S.W.T,ada dalam bentuk batiniah dan juga lahiriah.Kita disulitkan dengan penganiayaan dari majikan,kawan-kawan dan orang yang mahu memusuhi kita.Kadangkala kita di sukarkan dengan masaalah kewangan dan kerja yang meruncing.Tidak kurang juga dengan masaalah peribadi,rumahtangga,beban hutang serta masalah kekeluargaan.
         Diakhir ayat diatas,Allah S.W.T berjanji bahawa pertolongan Allah akan sampai jua jika kita bersabar serta tetap teguh,setia dan patuh kepada-Nya dengan tidak menyimpang dari suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.Jadi,biar apa pun bentuk masaalah atau bencana yang menimpa kita,percaya dan yakinlah itu merupakan ujian dari Allah S.W.T.
         Rasulullah s.a.w bersabda yang mafhumnya :
“Dunia ini umpama penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang kafir.”  
                                                                                                 ( Abu Hurairah )
         Nilai harga syurga itu amat tinggi.Rasulullah s.a.w,para nabi sebelumya dan juga para wali Allah S.W.T,semuanya telah melalui pelbagai cubaan yang getir.Dicuba dengan kesempitan hidup ,kesakitan tubuh badan dan jiwa.Nabi Nuh menangis selama 300 tahun.Nabi Yaakub a.s menangis berterusan sehingga matanya buta.Nabi Ibrahim a.s pernah dibakar hidup-hidup.Nabi Musa a.s mendapat siksaan pedih dari Firaun dan kaumnya.Begitu juga dengan junjungan kita Rasulullah s.a.w.
         Berkata Al-Imam Ibnu Athaillah Assakandary :
“Sesungguhnya Allah menjadikan dunia ini sebagai tempat kesusahan dan sebagai sumber kekeruhan agar kamu jemu terhadap dunia.”
        Allah S.W.T menjadikan dunia dengan pelbagai bentuk ujian agar kita gelisah dengan dunia dan tidak hanyut dengan hal-hal keduniaan yang berlebih-lebihan.Allah S.W.T yang maha penyayang mempunyai maksud yang amat baik.Ia mahu hamba-Nya selamat dan mendapat segala kebaikan serta rahmat baik di dunia mahupun di akhirat.

                                                                                                      ...bersambung..( Berfikir Positif 3 )