Monday, 5 September 2011

Berfikir Positif 4

Jangan Hairan Dengan Kesenangan Orang Lain

Seringkali kita merasakan tidak adil dunia ini,kita berfikir mengapa mereka dilimpahi dengan macam-macam kesenangan seperti kekayaan harta,kemewahan hidup,kesihatan tubuh badan dan pelbagai nikmat lain.Perjalanan hidup merka lancar,seolah-olah Allah merestui mereka sedangkan kita berpikiran mengapa aku tidak itu..tidak ini…dan pelbagai lagi yang kita mahukan.
         Namun sedarlah,jangan kita rasa hairan dan tertipu dengan kesenangan hidup mereka.Sebenarnya disebalik keindahan yang kita fikirkan itu tersirat suatu musihat daripada Allah S.W.T.Kesenangan mereka ini jua merupakan satu ujian yang perlu diurus dengan baik.
         Kebanyakan kita silap cara berfikir,kita begitu mementingkan kemanisan hidup di dunia yang sebentar ini saja.Kita sering terlupa yang matlamat kita merupakan alam yang bakal kita tuju iaitu alam akhirat (alam yang kita tidak dapat lihat lagi )
         Tindakan yang elok adalah kita perlu berlapang hati biarpun kita tidak sesenang mereka.Apabila kita telah berpuas hati/bersyukur kita tidak akan merasa kecewa,dukacita,resah untuk menghadapi masa depan.Percayalah disebalik kesusahan kita ini,tersirat kesenangan yang menanti kita suatu masa kelak jika kita tetap menjaga hubungan dengan Pencipta kita, Allah S.W.T.