Thursday, 1 November 2012

DIY-CHANGE SIGNAL BULB

Masa drive balik dari Johor,da nak sampai Raub,petik signal switch ke kanan untuk belok ke kanan ,perasan bunyi signal tu tak macam biasa ,bunyinya lebih pantas dari biasa.Sampai ke rumah En Kaji periksa lampu signal rupanya dah terbakar.

Kaedah nak comfirmkan kerosakan tersebut yang En Kaji gunakan:

1. kita boleh buka dan lihat keadaan bulb tu,dari sudut warna atau wayar kecil ditengah bulb yang dah putus atau terbakar.

2. Buka dan tukarkan dengan bulb yang tidak terbakar,hidupkan signal,kita boleh periksa untuk comfirmkan bulb tersebut.

Langkah-langkah menukar bulb :

1.Bila signal bulb terbakar,lampu display di dashboard berkelip lebih laju.

Berkelip Laju


2.Buka bonet depan dan cari kedudukan bulb tersebut.Sebelah kanan,dicelah-celah dan kena raba sebab tidak kelihatan.

Signal Bulb-Ikut Arah Anak Panah

3. Pusingkan lawan arah jam untuk menanggalkan bulb holder sehingga tertanggal.Gunakan sedikit tekanan dan tenaga.

Tercabut Sudah

Bulb Yang Terbakar

4.Keluarkan bulb dari holder dan gantikan dengan yang baru.Bulb biasa RM2,jenis yang baik sedikit-OSRAM RM6

OSRAM-Baru


5. Pasang semula,hidupkan signal untuk memeriksa pemasangan.Selesai.

Monday, 29 October 2012

KAYUHAN HIJAU

Cuti Raya Korban En Kaji pulang berehat di kampung di Johor Bahru,raya ketiga pulang ke rumah ibu mertua di Pontian.Folding bike En Kaji yang duduk kat bonet belakang tu da memangil-mangil sebab da dekat seminggu tak bawa dia nie meronda,jadi En Kaji mengambil kesempatan nie pusing kampung sambil menikmati pemandangan kampung yang belum En Kaji terokai.

Pagi nie cuaca elok,mulalah acara mengayuh..

Jauh Perjalanan

Jalan Lurus

Tidak terasa letih dengan pemandangan menghijau dikiri dan kanan.Penduduk kampung memanafaatkan sepenuhnya penggunaan tanah,di tepi jalan pun boleh tanam pokok limau.En Kaji juga melalui kebun-kebun nenas,kebun getah dan kebun durian.

Kiri Jalan-Pokok Limau
Ladang Sawit

Kebun Nenas
Kebun Durian

Jumpa 2 simpang empat dalam kampung nie,dari luar memang tak terfikir luasnya perkampungan ini

Simpang Empat

Pondok SRS

Terdapat ladang sawit yang sangat bersih,pemiliknya mesti seorang yang rajin.

Kebun Yang Bersih                                                           
 
Rehat Kejap

Sayup je 

Semasa kayuh terasa lapar la pulak,nasib baik laa dalam pendalaman macam nie ada sebiji warung,tapi takde orang yang makan,suspen je,tapi perut nie dah tak nak berhenti menjerit terpaksalah layankan dengan sepinggan mee dan teh o,nie je makanan yang ada kat warung yang menjadi persinggahan En Kaji.

Terbaik sebab dah Lapar sangat

Selesai makan meneruskan perjalanan untuk patah balik ke rumah sebab matahari dah semakin tak sabar nak melimpahkan sinarnya.

Thursday, 25 October 2012

DIY-ENGINE OIL SERVICE

Cuti Raya Haji,balik kampung satu perjalanan yang jauh,millege untuk service engine oil da sampai,pagi nie En Kaji kat Kulai, Johor kelengkapan untuk buang engine oil tak cukup,terpaksa guna apa yang ada.Kita lihat camana...

Langkah-langkahnya :

1. Sediakan engine oil,oil filter,sepanar,sepanar pembuka oil filter dan kain secukup rasa.
Alatan
2. Buka Bonet ,dan tanggalkan penutup minyak di enjin.

Penutup Dibuka


3. Gunakan sepanar 14, tanggalkan nut pada bawah tangki minyak hitam,pastikan letak penadah untuk menakung minyak hitam yang akan keluar (En Kaji guna tools box sebab tiada benda lain nak guna,lepas guna kena cuci).
Tools Box Jadi Penadah
Nut Tangki Engine Oil
4. Tanggalkan Oil Filter dengan sepanar khas.Untuk menanggalkan Oil Filter sepanar dipusing lawan arah jam.
Sepanar
Buka-Pusing Lawan Jam


Oil Filter Dikeluarkan 
  
Kiri-Dowa(Baru),Kanan-OSK(Lama)
OSK-Dengan Tarikh Production(TERBAIK)


5. Untuk memasang Oil Filter yang baru,sapukan sedikit engine oil di permukaan getah pada oil filter,ini untuk memberi cengkaman apabila dipasang ke enjin semula.Ketatkan Oil Filter mengikut arah pusingan jam.
Sapu Minyak
6. Pasang semula nut pada bahagian bawah engine,pastikan ikat dengan kemas.

7. Masukkan engine oil yang baru,periksa paras minyak pada tolok sukatan engine oil.Jangan mengisi terlalu kurang atau berlebihan kerana ia mendatangkan mudarat untuk kesihatan engine.

7. Hidupkan engine untuk memeriksa keadaan pemasangan,periksa ada leaking atau tidak.selesai.


Wednesday, 24 October 2012

DIY-CLEANING MY FRONT SEAT

Cuti,boring takde project so En Kaji melakukan aktiviti sihat sambil mendapat manafaat dari kerja pembersihan seat depan.En Kaji biasa bersihkan seat dengan vakum di car wash tapi ni hari nak keluarkan dan jemur seat dibawah panas matahari.
Caranya :

1. Tanggalkan cover penutup nut pada seat.

2. Longgarkan dan tanggalkan semua nut ,2 didepan seat dan 2 dibelakang seat.
k-kedai
Longgarkan
Di Depan Seat
Di Belakang Seat
Belakang
3. Tanggalkan seat dari tapaknya secara cermat ,ini mengelakan dari mencederakan bahagian yang lain.
Keluarkan Dengan Cermat
4. Bolehlah dibersihakan dengan pencuci semburan seperti Febreze terutama pada bahagian kotor dan kemudain dijemur dibawah matahari.Hasilnya kusion lebih ringan,bebas dari habuk dan berbau harum.
Bersihkan juga Lantai
Dijemur
5. Cara yang sama untuk seat sebelah lagi.

Monday, 24 September 2012

DIY-GROUNDING CABLE

Minggu nie nak tengok result selepas pasang grounding cable,menurut cerita banyak kebaikan so En Kaji nak testing dan En Kaji cari welding cable,ukur lilit 35mm di kedai hardware.Grounding cable yang da siap dengan pelbagai jenama *** dan seumpamanya memang mudah(ada negetif comment dari kaki-kaki kete pasal cable nie) ,tinggal pasang saja tapi welding cable nie lebih besar dan pengalir yang lebih baik.

Kosnya :
1. Semeter cable               : RM12
2. Cable Lug 3 x RM3.50 : RM10.50
Total                                :  RM22.50

Bermulalah...

k-kedai
Welding cable
1. En Kaji mengunakan peralatan yang ada kat rumah saja.Mulanya ukur panjang antara satu point ke satu point yang nak di ikat.En Kaji pasang dari enjin ke negetif terminal bateri dan ke body kereta.

k-kedai
2. Buang bahagian hujung setiap cable untuk dimasukan cable lug.

k-kedai
Buang hujung.
k-kedai
Potong 10-15mm
k-kedai
Letak Cable Lug.
 
3.Masukan cable lug dan clamp/ketuk cable lug hingga mencengkam pengalir welding cable.

k-kedai

4.Lakukan pada semua hujung cable.
5.Pasang cable pada bahagian dalam kereta.Cable sengaja dipendekkan untuk kurangkan rintangan dan kurangkan kos,yang penting result.
         a) Negetif terminal - body
         b) Negetif terminal - Enjin

k-kedai
Grounding cable yang dipasang.
 
Selepas pemasangan Grounding cable En Kaji testing ada sedikit improve pada pick up terutama bila panjat bukit genting sempah memang terasa lebih baik dari sebelumnya.Selepas ini bolehlah pasang di bahagian lain seperti throtel body dan alternator.

Tuesday, 11 September 2012

DIY-CHANGE LOWER ARM BALL JOINT

Lower arm nie da berbunyi kuk..kuk dan fizikalnya da berkarat jadi aku cari kat kedai potong, DH Raub,kalu amek satu set harge RM150,kalu amel lower arm je dia bg RM30.budject ciput,En Kaji amek lower arm je.

Mulalah operasi..
1. Longgarkan nut rim sebelum jet,sbb kalu je dulu baru nak longgarkan,roda tu berpusing dan agak sukar.
k-kedai
2. Cabut tayar,lower arm tu kat belakang brake disc tu.
k-kedai
3. Bukak klip yang ditengah nut.
k-kedai
4. Buka nut atas seperti gambar dibawah,spanar 19.Agak ketat,guna tenaga dalaman lebih skit..
k-kedai
5. Buka 2 biji nut,1 bolt pemegang lower arm,guna spanar 17.
k-kedai
Nut ketat-usaha lebih.
k-kedai
2 Nut 1 Bolt
6. Lower arm dah boleh dikeluarkan tapi tak semudah yang disangka..kena ketuk bahagian lower arm ball joint tu dengan kuat tapi berhemah,guna tukul besi.Ketuk sehingga terlucut dari kedudukan asal.(nie part yang agak mendatangkan kemarahan tapi bila berjaya rasa puas)
7. Keluarkan lower arm yang lama dan masukkan yang baru beli.
k-kedai
kanan-lama,kiri-baru beli

k-kedai
Lower arm ball joint yang baru beli.
8. Agak sukar nak masukan,guna paip/besi bantuan untuk membuka laluan masuk lower arm seperti gambar dibawah.
k-kedai
9. Ketatkan semula semua nut dan bolt,jangan lupa masukan semula klip pada nut spanar 19.
k-kedai
Lower arm Ball joint yang siap dipasang.
10. Pasang semula tayar dan ikat kemas,boleh ngetes untuk kepastian.