Monday, 24 September 2012

DIY-GROUNDING CABLE

Minggu nie nak tengok result selepas pasang grounding cable,menurut cerita banyak kebaikan so En Kaji nak testing dan En Kaji cari welding cable,ukur lilit 35mm di kedai hardware.Grounding cable yang da siap dengan pelbagai jenama *** dan seumpamanya memang mudah(ada negetif comment dari kaki-kaki kete pasal cable nie) ,tinggal pasang saja tapi welding cable nie lebih besar dan pengalir yang lebih baik.

Kosnya :
1. Semeter cable               : RM12
2. Cable Lug 3 x RM3.50 : RM10.50
Total                                :  RM22.50

Bermulalah...

k-kedai
Welding cable
1. En Kaji mengunakan peralatan yang ada kat rumah saja.Mulanya ukur panjang antara satu point ke satu point yang nak di ikat.En Kaji pasang dari enjin ke negetif terminal bateri dan ke body kereta.

k-kedai
2. Buang bahagian hujung setiap cable untuk dimasukan cable lug.

k-kedai
Buang hujung.
k-kedai
Potong 10-15mm
k-kedai
Letak Cable Lug.
 
3.Masukan cable lug dan clamp/ketuk cable lug hingga mencengkam pengalir welding cable.

k-kedai

4.Lakukan pada semua hujung cable.
5.Pasang cable pada bahagian dalam kereta.Cable sengaja dipendekkan untuk kurangkan rintangan dan kurangkan kos,yang penting result.
         a) Negetif terminal - body
         b) Negetif terminal - Enjin

k-kedai
Grounding cable yang dipasang.
 
Selepas pemasangan Grounding cable En Kaji testing ada sedikit improve pada pick up terutama bila panjat bukit genting sempah memang terasa lebih baik dari sebelumnya.Selepas ini bolehlah pasang di bahagian lain seperti throtel body dan alternator.

Tuesday, 11 September 2012

DIY-CHANGE LOWER ARM BALL JOINT

Lower arm nie da berbunyi kuk..kuk dan fizikalnya da berkarat jadi aku cari kat kedai potong, DH Raub,kalu amek satu set harge RM150,kalu amel lower arm je dia bg RM30.budject ciput,En Kaji amek lower arm je.

Mulalah operasi..
1. Longgarkan nut rim sebelum jet,sbb kalu je dulu baru nak longgarkan,roda tu berpusing dan agak sukar.
k-kedai
2. Cabut tayar,lower arm tu kat belakang brake disc tu.
k-kedai
3. Bukak klip yang ditengah nut.
k-kedai
4. Buka nut atas seperti gambar dibawah,spanar 19.Agak ketat,guna tenaga dalaman lebih skit..
k-kedai
5. Buka 2 biji nut,1 bolt pemegang lower arm,guna spanar 17.
k-kedai
Nut ketat-usaha lebih.
k-kedai
2 Nut 1 Bolt
6. Lower arm dah boleh dikeluarkan tapi tak semudah yang disangka..kena ketuk bahagian lower arm ball joint tu dengan kuat tapi berhemah,guna tukul besi.Ketuk sehingga terlucut dari kedudukan asal.(nie part yang agak mendatangkan kemarahan tapi bila berjaya rasa puas)
7. Keluarkan lower arm yang lama dan masukkan yang baru beli.
k-kedai
kanan-lama,kiri-baru beli

k-kedai
Lower arm ball joint yang baru beli.
8. Agak sukar nak masukan,guna paip/besi bantuan untuk membuka laluan masuk lower arm seperti gambar dibawah.
k-kedai
9. Ketatkan semula semua nut dan bolt,jangan lupa masukan semula klip pada nut spanar 19.
k-kedai
Lower arm Ball joint yang siap dipasang.
10. Pasang semula tayar dan ikat kemas,boleh ngetes untuk kepastian.


Wednesday, 5 September 2012

DIY-BICYCLE TYRE EXCHANGE

Satu lagi hobi En Kaji ialah mengayuh basikal,sebelum kayuh En Kaji jogging tapi lutut tak berapa nak ok sbb berat badan da xnk turun-turun,jd En Kaji beralih mengayuh sbb berbasikal nie tekanan minima pada kaki.
Tayar belakang tu da sebulan koyak tepi,jalan pn tak berapa sedap jadi En Kaji hr nie nak menukar dengan tayar baru di basikal yang lama(amik tayar dibasikal lama,tayar 2 tayar baru).

1. Barang-barang yg digunakan,sepanar,screwdriver,sedikit minyak.Nie barang2 simple sbb DIY,tools xcukup.
2. Buka rim kedua2 basikal,

k-kedai
Buka Nut

k-kedai

3. Tanggalkan rim dari badan basikal.Buang angin dari tayar,dan buka nut pada bahagian penyumbat angin.
k-kedai
4. Gunakan screwdriver(sepatutnya alat pembuka tayar) umpil diantara tayar dan rim,berselang-seli sambil mengumpil tayar keluar dari rim sehingga tayar keluar dari kedudukan asal(sebelah bahagian tayar).
k-kedai
5. Keluarkan tiub dari tayar dahulu dan kemudian tarik tayar keluar dari dalam rim(sebahagian tayar lagi).
k-kedai
Penyumbat angin dikeluarkan dahulu
6. Masukan tayar yang baru(sebelah bahagian tayar),kemudian di masukan pula tiub dimulakan bahagian pemyumbat angin.

7. Sapukan minyak pada sekeliling tepi tayar yang belum dimasukan untuk memudahkannya masuk ke dalam rim.
k-kedai
Minyak masak pun bole
8. Umpil dicelah rim agar tayar ikut masuk ke dalam ,buat la sampai semua tepi tayar tu masuk. 
9. Selesai masukan tayar,pasang semula rim kedalam body basikal.Laras semula break.Pastikan ikat kemas semua nut.
k-kedai
Laraskan Break

k-kedai
Tayar FKR baru
k-kedai
Tayar yang koyak(INNOVA)
k-kedai
Folding Bike dengan tayar baru
k-kedai
Ambil tayar dari basikal ini(lama)



Sunday, 2 September 2012

DIY-Hose Radiator

Hose radiator bhg atas, kete tu da nampak lapisan urat2 dalam dan da rasa nipis berbanding hose bawah so En Kaji pi kedai spare part kat bandar raub nie beli yang baru,harga RM10 je.Balik umah mula operasi,mudah je..

1. Bukak bonet depan,pastikan enjin tak panas.Hose yang panas,comfirm coolant dlm tu panas dah terang-terang melecur kalu kita bukak.
AE111
Hose Lama
2. Gunakan playar bukak klip hose,kalu jenis screw senang skit,jenis klip mudah kalu dengan tools yang betul,En Kaji cuma ada player jenis gabung je,belasah..janji bole,susah sikit tapi tak menjejaskan result.
k-kedai
Bukak Yg Atas
3. Clamp klip,bawa klip ke luar dari muncung radiator,kemudian pusing2kn hose sambil menarik keluar sampai terlucut.
k-kedai
4. Lakukan cara yang sama pada hose dibahagian enjin kete.
5. Masukan klip pada hose yang baru,dan pasang pada radiator dan enjin kete,pasang klip seperti kedudukan asal.Hose En Kaji terlalu panjang(bukan jenisnya)jadi terpaksa dipotong 10mm.
k-kedai
Potong 10mm
6. Akhir sekali,start enjin untuk check pemasangan agar tiada leaking.
k-kedai
Hose Baru