Cuti Raya Haji,balik kampung satu perjalanan yang jauh,millege untuk service engine oil da sampai,pagi nie En Kaji kat Kulai, Johor kelengkapan untuk buang engine oil tak cukup,terpaksa guna apa yang ada.Kita lihat camana...
Langkah-langkahnya :
1. Sediakan engine oil,oil filter,sepanar,sepanar pembuka oil filter dan kain secukup rasa.
|
Alatan |
2. Buka Bonet ,dan tanggalkan penutup minyak di enjin.
|
Penutup Dibuka |
3. Gunakan sepanar 14, tanggalkan nut pada bawah tangki minyak hitam,pastikan letak penadah untuk menakung minyak hitam yang akan keluar (En Kaji guna tools box sebab tiada benda lain nak guna,lepas guna kena cuci).
|
Tools Box Jadi Penadah |
|
Nut Tangki Engine Oil |
4. Tanggalkan Oil Filter dengan sepanar khas.Untuk menanggalkan Oil Filter sepanar dipusing lawan arah jam.
|
Sepanar |
|
Buka-Pusing Lawan Jam |
|
Oil Filter Dikeluarkan |
|
Kiri-Dowa(Baru),Kanan-OSK(Lama) |
|
OSK-Dengan Tarikh Production(TERBAIK) |
5. Untuk memasang Oil Filter yang baru,sapukan sedikit engine oil di permukaan getah pada oil filter,ini untuk memberi cengkaman apabila dipasang ke enjin semula.Ketatkan Oil Filter mengikut arah pusingan jam.
|
Sapu Minyak |
6. Pasang semula nut pada bahagian bawah engine,pastikan ikat dengan kemas.
7. Masukkan engine oil yang baru,periksa paras minyak pada tolok sukatan engine oil.Jangan mengisi terlalu kurang atau berlebihan kerana ia mendatangkan mudarat untuk kesihatan engine.
7. Hidupkan engine untuk memeriksa keadaan pemasangan,periksa ada leaking atau tidak.selesai.