Tuesday, 28 August 2012

DIY-Fuse Service

Cuti lama xde project,so En Kaji ringan-ringankan tangan nak memeriksa Fuse kat kete nie sambil bersihkan kotak simpan fuse.

Ada 2 tempat kotak fuse kat kete nie.
1. kat dalam bahagian enjin sebelah kanan bila mengadap enjin kete.(AE111)
ae111


2. kat kanan stereng,belakang console box.kenalah cabut keluar dulu console tu baru jumpa fuse.

ae111

Apa yang En Kaji buat :

1. Check la kalu-kalu fuse tu berlainan dengan tetera di manual(manual jenis Amp. tu ada kat luar console)
2. Cabut fuse tu dengan pengepit yang ada disediakan kat salah satu tempat fuse tu.
fuse
Pengepit
k-kedai

3. Gosok kaki Fuse yang colour hitam tu dengan sand paper,agar kilat dan secara teorinya fuse tu takdelah rintangan kerana kakinya yg penuh daki(penebat).Jadi ia akan bekerja dengan lebih sempurna.
k-kedai

4. En Kaji buat kepada semua fuse yang boleh dicabut,yg payah sangat xpayah,kang tak pasal2 lain plak jadinya.Tp En kaji terpaksa gak tukar satu fuse yang masa En kaji cabut telah tertanggal kakinya.Beli yang baru 5Amp=RM3.







DIY-Fuel Filter Change

Sebelum balik raya hari tu,tergerak nak tukar Fuel filter sebab sejak En Kaji beli kete nie xpenah tukar lagi.
So pendek cite,En Kaji pi kedai spare part tanya benda nie,.nyonya cakap ori-RM90,local RM30 ,En kaji amik yang murah je..

Mula DIY menukar Fuel Filter nie :

1. Tempat benda nie kat sebelah kanan masa kita berdiri kat depan mengadap enjin.Kena bukak hose air filter ke throttel body untuk memudahkan kerja.
ae111

2. Paip sebelah bawah datang dari tangki dan masuk ke Fuel Filter ni dan keluar pi ke Fuel Injector.Benda nie kalu tak tukar memang bekeladak,nie terjadi masa En Kaji bukak sendiri dan lihat petrol yang ada kat dalam Fuel Filter tu berwarna hitam dan berserbuk halus.
fuel filter
                                       
 
3. Guna 2 spanar untuk pegang nat kat badan filter tu dan satu lagi kat paip minyak tu.
    Nat di bawah filter nie memang agak ketat(mgkin owner lama tak penah bukak)
ae111

4. Masukkan filter yang baru,ikat nat yang bawah dahulu,kemudian ikat yang atas,nat yang bawah perlu ikat ketat kerana En kaji pun mengalami masaalah minyak keluar setelah beberapa kali diikat ketat.

5. Start enjin untuk memeriksa,pastikan tiada minyak yang keluar,jika keluar ketatkan lagi sehingga tiada petrol yang keluar.
k-kedai


Tuesday, 14 August 2012

DIY-Change Spark Plug

Antara benda yang En Kaji minat ialah benda-benda teknikal.Ikut sejarah hidup,En Kaji menuntut dalam bidang mekanikal,seterusnya belajar lagi dalam jurusan elektrikal tapi kerja sekarang je bidang kaunseling.

Memandangkan kos repair atau service kereta mahal sekarang ini,so En Kaji usaha untuk buat sendiri je kat umah.

Change Spark Plug sendiri :

1.Pi kedai Spare Part beli spark plug,ada banyak gred spark plug nie,En Kaji (E.K) ambil jenis DENSO,Toyota Genuine baik punya,Harga RM35 dengan spanar plug RM8 (lain kali spanar boleh guna semula) benda nie kita cakap je dengan tokay tu diaorang mesti tau,cuma kita bagitau jenis kereta dan enjin.

2.Buka bonet depan,pastikan enjin xlah terlalu panas,kang melecur pula.

3.Tanggalkan kepala kabel spark plug,satu persatu dengan cermat.
k-kedai


4.Masukan dan pusingkan sedikit sepanar plug tu supaya masuk ke bahagian untuk di putar.

5.Pusingkan spanar ikut lawan arah jam sehingga tertanggal dan keluarkan spark plug tu.

6.Masukkan spark plug yang baru dan ketatkan,pusing ikut arah jam.Jangan terlalu ketat dan tidaklah terlalu   longgar.

7.Tukarkan semua spark plug yang lama,ikut cara yang sama.

8.Masukkan semula kepala kabel spark plug dengan cermat dan rapat agar tidak ada masaalah kemudian nanti.

9.Start enjin kereta untuk memeriksa,jika tidak hidup,cuba periksa kekemasan kabel plug atau tambah kekemasan spark plug.