Cuti Raya Korban En Kaji pulang berehat di kampung di Johor Bahru,raya ketiga pulang ke rumah ibu mertua di Pontian.Folding bike En Kaji yang duduk kat bonet belakang tu da memangil-mangil sebab da dekat seminggu tak bawa dia nie meronda,jadi En Kaji mengambil kesempatan nie pusing kampung sambil menikmati pemandangan kampung yang belum En Kaji terokai.
Pagi nie cuaca elok,mulalah acara mengayuh..
|
Jauh Perjalanan |
|
Jalan Lurus |
Tidak terasa letih dengan pemandangan menghijau dikiri dan kanan.Penduduk kampung memanafaatkan sepenuhnya penggunaan tanah,di tepi jalan pun boleh tanam pokok limau.En Kaji juga melalui kebun-kebun nenas,kebun getah dan kebun durian.
|
Kiri Jalan-Pokok Limau |
|
Ladang Sawit |
|
Kebun Nenas |
|
Kebun Durian |
Jumpa 2 simpang empat dalam kampung nie,dari luar memang tak terfikir luasnya perkampungan ini
|
Simpang Empat |
|
Pondok SRS |
Terdapat ladang sawit yang sangat bersih,pemiliknya mesti seorang yang rajin.
|
Kebun Yang Bersih |
|
Rehat Kejap |
|
Sayup je |
Semasa kayuh terasa lapar la pulak,nasib baik laa dalam pendalaman macam nie ada sebiji warung,tapi takde orang yang makan,suspen je,tapi perut nie dah tak nak berhenti menjerit terpaksalah layankan dengan sepinggan mee dan teh o,nie je makanan yang ada kat warung yang menjadi persinggahan En Kaji.
|
Terbaik sebab dah Lapar sangat |
Selesai makan meneruskan perjalanan untuk patah balik ke rumah sebab matahari dah semakin tak sabar nak melimpahkan sinarnya.